Apa Itu Marketing Dan Jenis-Jenisnya

Apa itu marketing? Seseorang yang ingin berjaya dalam dunia bisnes, pasti tahu yang marketing itu penting. Tapi masih ramai yang tersilap langkah dalam membuat marketing dengan cara yang betul. Malah, masih ada dikalangan seller hari ini yang masih keliru tentang marketing.

Pada fahaman Anda sendiri, apakah yang Anda bayangkan tentang marketing ini? Adakah marketing ini perlu jerit panggil orang supaya datang beli? Adakah perlu buat iklan di TV dan radio untuk orang kenal bisnes kita? Apakah marketing ini memang perlu keluarkan belanja yang banyak hingga puluh ribu baru nak berjaya? Baru ramai bakal pelanggan nampak dan berminat nak beli?

Sabar! Marketing tidak boleh dibuat secara tergopoh gapah! Teruskan pembacaan untuk tahu cara buat marketing step by step.

Apa Itu Marketing Sebenarnya? Penting Sangat Ke?

Marketing adalah unsur penting untuk apa jua jenis bisnes. Marketing ini dalam bahasa melayu dikenali sebagai ‘pemasaran’. Ia melibatkan banyak perkara.

photo credits : https://marketbusinessnews.com/

Antara cara pemasaran yang sering seseorang peniaga atau pemilik bisnes lakukan adalah seperti beriklan di radio, beriklan di TV, beriklan di suratkhabar atau majalah, mencetak risalah dan diedarkan pada orang ramai serta banyak lagi kaedah lain.

Tanpa melakukan marketing,

  • orang lain tidak boleh tahu apakah perniagaan yang kita jalankan
  • sukar untuk dapatkan pelanggan
  • tidak boleh peroleh keuntungan
  • bisnes berada pada tahap yang sama, tak berubah-ubah!
  • impian nak besarkan perniagaan hanya tinggal kenangan

Pentingnya marketing dan hasil yang bakal diperolehi jika dilakukan dengan betul.

  • perniagaan boleh dikenali ramai walau baru ditubuhkan
  • pelanggan datang serah diri mahu beli produk yang dijual
  • bisnes boleh berkembang maju
  • keuntungan berlipat kali ganda
  • impian nak besarkan bisnes boleh tercapai

Sejarah Marketing Dan Cara Ia Berkembang

Lekatkan di dinding bangunan tempat orang lalu lalang
Cetak iklan di dalam surat khabar
Siar iklan melalui siaran radio tempatan
Siar iklan di TV

Adakah Marketing Cara Lama Masih Relevan?

Marketing cara lama itu masih relevan dan boleh digunakan cuma dalam cara yang lebih baik berbanding dulu. Marketing sekarang sangat berkait rapat dengan gaya kehidupan zaman kini yang sudah semakin maju dan moden.

Sebagai contoh, suratkhabar kini sudah boleh di baca secara online. Siaran radio kini sudah mula mengikut trend dengan pelbagai segmen dan pilihan penyampai radio yang boleh memikat hati pendengar. Selain itu, TV yang dulu dalam siaran hitam putih kini sudah berwarna.

Serasi dengan peningkatakan siaran media yang semakin berkembang, maka bayaran kos belanja untuk beriklan juga sudah tentulah lebih besar. Untuk siaran iklan di radio tempatan dan TV itu sendiri, Anda perlu sanggup untuk mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit, malah boleh mencecah hingga 5 angka mengikut kontrak yang dipersetujui mengikut had masa tertentu.

Apa Itu Marketing Tradisional & Digital?

Gaya hidup zaman ini lebih kepada digital. Penggunaan handphone, laptop, PC dengan Internet yang ada di sana sini, telah membuatkan ramai orang bertukar kepada cara yang lebih mudah dan moden. Sebagai contoh, dulu kita semua suka tonton TV dan dengar radio. Tapi kini, ramai orang suka tonton drama di Netflix dan dengar lagu pilihan di YouTube.

Jika dulu orang suka baca surat khabar dan majalah yang di beli dari kedai-kedai, kini orang lebih suka membaca info dan maklumat melalui Google Search di handphone dan laptop.

Suka ataupun tidak, itulah perubahan yang telah berlaku dan sedari itu, para peniaga juga perlu ikut keadaan semasa jika tidak mahu ketinggalan di belakang. Penjual dan pemilik bisnes ini perlu tahu di mana tempat yang sesuai untuk beriklan bagi mendapatkan % bakal pembeli yang lebih ramai.

Setiap media sosial itu ada pengikutnya, antara platform media sosial yang bagus untuk digunakan adalah :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Telegram
  • YouTube
  • Blog

Blog : Media Sosial Yang Bersifat Long Term

Mungkin ada di antara Anda yang pernah mendengar tentang BLOG. Blog juga sering disebut sebagai website oleh sesetengah orang. Blog ini pada mulanya dikenali dengan nama ‘weblog’ dan sangat popular pada penghujung tahun lewat 90an (sekitar tahun 1997 / 1998).

Pada mulanya blog ini digunakan sebagai ‘diari online’ di mana, cerita peribadi yang dikongsikan dengan mudah dapat dikongsi oleh pemilik blog dan di baca oleh ramai orang yang suka membaca hasil penulisan si pemilik blog tersebut.

Blog host ini dimiliki oleh GOOGLE dan sesiapa saja boleh membuat blog pada bila-bila masa kerana ianya bersifat Percuma!

Blog Dulu Sebagai Diari, Blog Sekarang Sebagai Penyampai Maklumat

Bezanya blog dulu dan sekarang, dulu digunakan sebagai diari dan sekarang sebagai penyampai maklumat. Perubahan ini berlaku seiring dengan peningkatan yang berlaku pada Google sebagai pemiliknya. Sebagai contoh, orang sekarang nak cari sebarang maklumat akan Google di internet, info yang di Google itu datangnya dari blog-blog yang disarankan oleh Google itu sendiri. Untuk lebih mudah faham, apa yang Anda Google di handphone itu, Google akan arahkan ke blog-blog yang serasi dengan carian yang Anda cari.

Selepas berjaya menaikkan taraf blog, Google mencipta satu lagi platform media iaitu YouTube. Jika blog lebih kepada penulisan dan pembacaan untuk mereka yang suka membaca, YouTube ini pula dikhususkan untuk video bagi mereka yang suka menonton.

Disebabkan itu, jika Anda seorang seller dan pemilik bisnes yang mahu perniagaan Anda lebih dikenali ramai, saya sarankan Anda guna saluran media sosial seperti Blog dan YouTube jika mahu iklan itu lebih kekal lama kerana Blog dan YouTube ini memang ada kaitan secara langsung dengan Google itu sendiri.

Facebook dan Instagram masih boleh digunakan seperti biasa kerana ia boleh dijadikan sebagai backup. Tetapi, bezanya Blog dan YouTube ini berbanding dengan Facebook dan Instagram adalah, Blog dan YouTube bersifat kekal lama sedangkan Facebook dan Instagram lebih kepada trend.

Buktinya, artikel dan video yang disiarkan melalui blog dan YouTube kekal maintain selama bertahun-tahun lamanya. Jika search di Google artikel di blog dan video di YouTube dengan mudah boleh diakses. Sedangkan posting yang di buat melalui Facebook dan Instagram, bila-bila masa boleh ‘jatuh dan tenggelam’ setelah posting baru dilakukan.

Kenapa ini berlaku? Jawapannya adalah SEO. SEO adalah singkatan kepada “search engine optimization” dan ‘search engine’ ini ada kaitan yang sangat besar dengan GOOGLE.

Antara Jenis Strategi Marketing Yang Boleh Dilakukan Untuk Berjaya

1. Marketing Transaksional

  • memberi tawaran diskaun, promosi, jualan harga runtuh dan lain-lain.

2. Iklan Berbayar

  • melakukan iklan berbayar daripada pihak ke-tiga seperti syarikat penerbitan TV, radio, blog, YouTube dan lain-lain.

3. Marketing Melalui Media Sosial

  • boleh lakukan sendiri dan boleh guna gunakan khidmat influencer seperti Blogger, YouTubers, Instagrammer dan lain-lain.

4. Content Marketing

  • konten memiliki fungsi yang sangat bagus sebagai iklan. Ia juga sering disebut sebagai copywriting. Content marketing elok dilakukan di blog dalam bentuk review dan advertorial. Manakala copywriting elok dilakukan di FB Pages, FB Ads direct email dan sebagainya.

5. Search Engine Optimization (SEO)

  • SEO dapat membantu penjual membuat pengiklanan, promosi dan sebagainya pada target bakal pembeli yang betul mengikut kategori tertentu, umur, minat pembeli dan sebagainya. SEO inilah yang ditekankan pada blog-blog dan tak mustahil kenapa blogger masih digunakan oleh pemilik bisnes untuk bantu mempromosikan perniagaan mereka dari masa ke semasa.

Nak Majukan Bisnes, Kenal Apa Itu Marketing Dan Kena Berani Keluar Duit Untuk Berjaya!

Apa itu marketing? Semoga artikel ini berjay memberi serba sedikit maklumat pada Anda yang memerlukannya. Kenapa ramai dikalangan seller dan pemilik bisnes ini berbeza? Ia terletak pada keberanian si penjual dan pemilik brand itu sendiri. Ada dikalangan usahawan ini hanya fokus pada produk dan hanya laburkan duit untuk tingkatkan mutu produk semata-mata. Sedangkan cara nak buat marketing tidak diendahkan.

Ada pula dikalangan seller dan pemilik bisnes ini membahagikan wangnya untuk produk dan marketing. Untuk kategori ini mereka tahu, apa gunanya produk bagus jika pemasaran tidak bagus. Apa gunanya produk baik jika orang di luar sana tidak boleh kenal produk yang diusahakan. Tak kan hasilkan produk semata-mata untuk longgokan di stor?

Letak telapak tangan kanan di dada kiri dan tanyalah diri. Ketuk jari telunjuk kanan di kepala dan tanyalah akal. Jawapan ada pada diri masing-masing. Jangan asyik ulang tanya cara berniaga pada rakan bisnes lain yang sudah berjaya. Jangan juga asyik merungut jika masih belum berjaya. Nak jadi orang bisnes, kenalah ada bisnes plan. Orang lain tiada masa untuk bantu sebaliknya diri sendiri yang patut mulakan langkah dan bertindak!!

Jumpa lagi di lain artikel, Assalamualaikum.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *