Tentang Kami

Bloggers Malaysia merupakan sebuah komuniti yang menghimpunkan ramai penulis blog dan bernaung di bawah syarikat Bite Media Consultants. Kami juga digelar sebagai #BITERS

Pengenalan

Biters ditubuhkan oleh PUAN SITI AWADAH, seorang ibu kepada 6 orang cahayamata. Puan Awadah berasal dari Utara, kini menetap di Pantai Timur. Beliau bergelar seorang surirumah sepenuh masa demi untuk menjaga ke enam-enam anaknya sendiri.

Untuk membantu meringankan beban suami, beliau mula mencari ikhtiar cara jana pendapatan tanpa perlu melangkah keluar dari rumah. 

Pada mulanya beliau cuba berniaga online namun akhirnya beliau memilih blog sebagai medan untuk membina kerjaya. Ini disebabkan oleh minat beliau sendiri yang amat suka dengan dunia penulisan maya dan digital marketing.

Sesuai dengan status diri sebagai seorang ibu, beliau memilih genre ibubapa dan rumahtangga sebagai topik utama blog. Hari demi hari beliau menaip di dada blog dengan penuh konsisten dengan nama blog SIS HAWA DOT COM

Usaha beliau mula menampakkan hasil apabila di lamar oleh syarikat yang ingin muncul di blog untuk tujuan advertorial dan juga review. Bermula detik itu, beliau semakin nekad untuk terus berusaha bagi menaikkan lagi jumlah kedatangan pembaca ke blog. Tanpa mengikuti mana-mana kelas online mahupun offline, beliau berusaha sedaya upaya seorang diri dengan menggunakan kuasa Google sepenuhnya.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan yang benar-benar ingin berjaya sebagai seorang blogger sepenuh masa, blog beliau telah berjaya mencatatkan peningkatan yang sangat memberangsangkan walaupun baru berusia sekitar 2 tahun pada ketika itu. Rakan blogger, pembaca setia dan silent readers juga ikut meningkat dari masa ke semasa.

Peluang jana income di blog juga semakin hari semakin ada rezeki yang tiba. Demi rasa syukur ke hadrat Ilahi, beliau tidak berniat untuk berjaya seorang diri sebaliknya mula cuba mencari peluang menjana income untuk dikongsikan bersama rakan-rakan blogger yang lain. Buktinya, pada tahun 2018 yang lalu beliau telah berjaya menjadi founder untuk team Blogger Pantai Timur.

Bermula dari detik itu, beliau terus mengorak langkah setapak demi setapak dalam mencari peluang bagaimana untuk menjana pendapatan dengan berblog bersama rakan-rakan penulis blog yang lain.

Rezeki Allah SWT, selepas hampir 3 tahun bergelar seorang penulis blog sepenuh masa, akhirnya Puan Siti Awadah telah berjaya memiliki sebuah syarikat dengan nama  BITE MEDIA CONSULTANTS hasil dari segala susah payah selama ini. 

Sedikit demi sedikit ilmu dikumpulkan dan kini beliau kongsikan semuanya dengan bloggers yang berminat untuk ikut jejak langkah beliau. 

Puan Siti Awadah - LIVE di Kelantan TV

Maklumbalas Mereka Yang Sertai

Yuran Keahlian

Mahu Bersama Kami? Hubungi Sekarang Untuk Daftar

Anda seorang blogger? Dah punya blog tapi masih tidak tahu cara bagaimana untuk majukan blog sendiri? Hubungi kami terus untuk sesi interview ringkas. Jika menepati kriteria, Anda boleh bersama kami dengan gelaran Biters. 

yesbloggers@gmail.com